Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mungkin ini benda yang biasa dibincangkan..” Rezeki itu milik Allah” , “Bukan bos bagi rezeki,yang bagi rezeki tu ALLAH”…dah selalu kita dengar pasal ini..Tapi ramai yang masih belum betul-betul memahami konsep Yakin Pada Allah dalam soal rezeki.

Pada hari ini,saya bukan nak bincangkan soal hukum atau soal dalil kita perlu yakin.Cuma harini mari kita sama-sama buka minda tentang konsep rezeki milik Allah.Semoga minda kita sentiasa terbuka dan yakin seyakin-yakin bahawa rezeki itu dari Allah.

Rata-rata ,masyarakat Malaysia pada hari ini semua berkerja untuk menampung makan,minum dan kehidupan ahli keluarga.Ada yang bergaji besar,ada yang bergaji kecil.Ada yang berjawatan tinggi ada juga yang hanya bekerja sebagai orang bawahan.Kalau dari segi jenis pekerjaan dan jawatan pasti anda semua dapat mengira “berapa rezeki” org tu kan? Hehe.Anda silap.Gaji bukanlah rezeki semata-mata.Jom kita buka minda dengan orang-rang di bawah ini.

Ahmad seorang kerani di sebuah syarikat.Gajinya RM1700 sebulan.Rumahnya hanya menyewa di flat dan keretanya hanya sebuah proton saga blm.Gaji sebulannya itu hanya cukup-cukup makan sahaja bagi dirinya yang bujang. Rm500 untuk bulan kereta. Rm350 untuk sewa bilik dengan rakan-rakannya.Makan,minum,rokok,minyak kereta,tol dan lain-lain..Pada akhir bulan tinggal lah RM150.Ahmad yakin rezeki milik Allah tapi katanya rezekinya kecil ja sbb gajinya kecil.Sedekah? Alamak,makan pon tak cukup macam mana nak bersedekah?

Zaki pula seorang Pegawai tinggi di syarikatnya.Gajinya Rm5500 bulan-bulan.Rumahnya di kondominium sebulan ansurannya Rm1500.Kereta agak mewah dan sporty,bulanan lebih kurang rm1500 sebulan.Makan.minum,minya kereta,tol dan lain2.Akhir bulan tinggal lah Rm500.Tapi kadang-kadang tak cukup pulak sbb keinginan tinggi peminat gadget,suka modify kereta dan lain2. Sedekah?Ada la sikit-sikit,tapi tak banyak sangat.Dahulukan keluarga sbb kalau bagi org nanti tak cukup nak bagi keluarga.Zaki juga yakin rezeki itu milik Allah.Katanya saya akan banyak sedekah kalau saya naik pangkat dan gaji bertambah.Sekarang ni gaji untuk keluarga ja.Lagipun saya dah bayar zakat kan tiap tahun.Banyak tu..cukuplah.

Orang yang ketiga pula namanya, Fadzlan. Semenjak lepas sekolah dia tidak pernah bekerja.Maknanya tak pernah ada gaji pon.Gajinya bulan-bulan tak menentu kerana dia hanya menjalankan perniagaan dalam talian (meniaga online). Purata gaji bulanannya kadang-kadang rm1500..rm2000…rm4000…rm5000..tak menentu.Katanya lagi banyak dia bersedekah,lagi banyak dia untung.Kehidupannya sederhana.Dia sangat yakin dengan rezeki itu milik Allah.Dia suka bersedekah,hari-hari dia bersedekah.Walaupun gajinya tak menentu,dia bagi jugak.Kawan-kawan selalu nasihat supaya dia berjimat,dahulukan dirinya.Tapi keyakinan dia tetap sama.. katanya ” Ni semua bukan aku yang punya,Semua ni Allah yang punya,aku bagi la banyak mana pun.Aku yakin DIA jugak yang akan ganti.DIA yang tahu apa yang cukup untuk aku.

Cerita tentang 3 individu di atas bukanlah nak menunjukkan siapa baik,siapa jahat,siapa sedekah,siapa tak bersedekah.Cuma situasi-situasi di atas kadang terjadi dalam kehidupan kita.Kita masih belum betul-betul yakin rezeki itu milik mutlak ALLAH.

1044016_531729880198012_1850941489_n

Bayangkan duit didalam dompet ada sekeping RM50.Tiba-tiba ada seorang yang susah datang mohon pertolongan,contohnya minta duit nak ke klinik,minta tanpa janji untuk bayar pun,anda pulak tak kenal dia..dia pulak memang orang biasa-biasa sahaja.Bukan juga malaikat yg nak menguji anda macam dalam cerita-cerita genre agama yang kita pernah baca.Anda sedang susah,orang pula susah datang minta duit.Waktu itu apa yang ada dalam fikiran anda??

“Aku pon ada rm50 ja..aku nak makan apa kalau bagi dia”

“Rm50…tak dak..tak dak…. ”

“Klinik mahal kot..takkan aku na bayar duit klinik dia plak…aku pon ada rm50…rm10 bley la.Tapi ada sekeping ja malas nak pecah duit”

Macam-macam kan? Saya percaya majoriti dari kita tidak akan membantu pon.Sbb kita takut kalau kita bagi orang lain,dah tak da untuk kita kan? Gaji dah la lambat lagi…aku nak makan apa kalau bagi orang.Ya bukan? hihi

Kalau jawapan kita ketika itu adalah dengan tidak memberi pertolongan.Ini bermakna keyakinan kita pada REZEKI ITU MILIK ALLAH masih belum kuat.YES! masih belum kuat.Sebab kita tak percaya yang kalau kita bagi Rm50 tu..kita tuhan akan bagi kita balik nanti..sebab gaji lambat lagi..bermakna gaji itu rezeki kita.Kita lupa yang cukupkan setiap inci kehidupan kita seharian adalah ALLAH.

Bolehkah kita jamin CUKUP kalau kita berjimat cermat sampai bersedekah pon tidak dengan gaji RM5000 sebulan?

Bolehkah ita jamin CUKUP kalau gaji kita besar?

Tak boleh bangggg ! Tak terlepas 1 pun aktiviti seharian kita selain dari rezeki dari Allah.Semua itu atas keizinan DIA,rezeki dari DIA.Ada orang gajinya besar tapi anaknya sakit kronik,makan belanja besar.Ada orang gajinya besar tapi hidupnya sering ditipu oleh orang.Ada orang gajinya besar,tapi asyik tak cukup..eksiden la…kena saman la..handpone rosak la…macam2..Ada jugak orang yang gajinya kecil,tapi hidupnya cukup,sampaikan kalau dikira-kira balik duit yg keluar..melebihi dari gajinya.Dari mana datang pon dia tak tahu.Tak ada punca katanya.Tak punca banggg~

Nak belajar yakin seyakin-yakinnya rezeki itu milik Allah.Jadilah peniaga.Orang makan gaji mungkin terhad untuknya memahami konsep yakin itu sebab baginya rezeki lebih itu pada bonus,naik pangkat dan lain-lain.Tapi orang yang meniaga ni konsep rezekinya lebih luas.

Jom saya bawa anda ke sebuah perniagaan online.Bisnes yang biasa-biasa tapi impaknya pada hati dan keyakinan tu sangatlah tinggi.Selalu berlaku pada peniaga-peniaga online.Orait macam ni… Abu seorang peniaga baju online.Macam biasa Abu ada store online di websitenya dan facebooknya.Dah nama pon online,bermakna pelanggan Abu datang dari pelbagai lapisan masyarakat,dari seluruh pelosok dunia.Abu kerja kuat,hari-hari dia marketing untuk memperkenalkan bisnesnya.Dia banyak bersedekah walaupon pada hakikatnya dia belum tahu pon berapa keuntungannya bulan itu.OK,jualan perniagaan online Abu sangat laris.Pelanggan-pelanggannya ada dari Kedah,Selangor,Sabah,Sarawak dan lain-lain lagi.Rasa-rasa anda siapakah yang menggerak hati pelanggan-pelanggan Abu untuk membeli dengan Abu? sedangkan banyak lagi perniagaan online lain yang menjual baju.Bahkan ada yang jual baju sama dengan Abu?Pelikkan..kenapa Abu? sebab abu pandai marketing? hehe..Abu sendiri pelik.Kadang dia cakap,bukan time gaji pon,tapi pelanggannya ramai.Kadang dia sendiri tak tahu dari mana pelanggan-pelanggannya dapat tahu tentang bisnes sbb dia bukanlah melabur untuk marketing banyak sangat pun.Kata Abu,dia pernah kira,brapa banyak dia sedekah dan berapa untungnya..dia terkejut sangat.Jadi bulan depan tu,dia kurang sedekah,sebab dia nak untung lebih nak beli handphone katanya.Tengok-tengok keuntungannya turut berkurangan.Kemudian bulan depan tu dia tingkatkan sedekahnya itu..semakin tinggi untungnya.Sehingga dia sendiri kadang-kadang tak faham kenapa lagi banyak keluar,lagi banyak masuk. Allahu Akbar! Besarnya nikmat Allah.

KALAU KITA MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN,ALLAH MUDAHKAN URUSAN KITA

Kadang-kadang rezeki itu kita hanya letakkan pada wang ringgit.Sedangan setiap urusan dunia ini rezeki dari ALLAH.Setiap saat hidup kita adalah rezeki dari Allah..Sebab itu banyakkan lah bersyukur dengan berzikir ALHAMDULILLAH dan ASTAGHFIRULLAH.Alhamdulilllah menunjukkan ita bersyukur pada Allah..Astaghfirullah sebagai taubat kita dan mohon ampun kita pada Allah kerana terlalu banyak rezeki yang diturunkan berbanding,berbanding rasa syukur kita padaNYA.

Kesimpulannya,

1. Yakinlah rezeki itu,Milik Allah semata-mata.Tiada yang berkuasa melainkan DIA.

2. Banyakkan bersedekah,takkan miskin seseorang itu dengan bersedekah.Jadilah sedekah itu seperti DADAH.Tak buat,tak puas.Gian nak bersedekah.

3. Kalau kita mudahkan urusan orang lain,Allah mudahkan urusan kita.

5.Banyakkan bersyukur dan beristighfar.

whatsapp-0173959477