Review Pherolab+ Pheromone untuk post kali ini khas buat rakan pelanggan kedaipheromone.com yang banyak tanya kami macam mana bau dia, macam mana kesan dia, macam mana dia punya efek, seusai atau tak untuk saya.
So, untuk posting kali ini, anda wajib baca sampai habis sebab kami nak cerita pandangan kami berdasarkan pengalaman kami sebagai peniaga dan pandangan kami sebagai pengguna.

Sebelum Review Pherolab+ ni, bagi pembaca yang belum kenal kami. Kami nak anda tahu yang kami dah berkecimpung dalam membekal, mengedar, menjual perfumes ini terutamanya yang mengandungi pheromones sejak 2005 lagi, 2007 kami dah start jual online.
Sepanjang meniaga ni, kami dah pernah jual bermacam-macam jenis perfumes pheromone. Sama ada kami direct import dari luar ataupun kami ambil dari pembekal di Malaysia. Kami juga membekalkan kepada pemborong-pemborong di luar sana
secara aktif sehingga sekarang. Disamping itu, kami juga ada pengedar-pengedar di Seluruh Malaysia yang aktif cash on delivery dengan rakan-rakan pelanggan di luar sana disamping order by pos yang kami jalan setiap hari kecuali hari cuti.
Oleh itu, kami sangatlah berhati-hati dalam memilih sesuatu produk untuk dijual kerana,sudah lebih 12 jenis pheromone yang kami jual, hanya beberapa sahaja yang kami kekalkan di kedaipheromone.com buat masa sekarang.

Antara faktor produk-produk yang ada sekarang dikekalkan adalah kerana permintaan yang sangat tinggi, repeat orders tinggi, regular customers ramai, dan feedback yang sangat baik dan banyak dari pengguna-pengguna. Maknanya, pheromone-pheromone
yang kami tak kekalkan di kedai pheromone adalah tidak menepati faktor-faktor tersebut. Ada antaranya yang tidak begitu sesuai dengan orang asia. Atau mungkin kerana cuaca sini berbeza, atau kandungannya tidak sesuai.
Ada juga yang sangat banyak feedback menarik, tapi bermasalah dengan productions. Kilang atau supplier tidak dapat supply lagi kerana ada beberapa masalah teknikal dari pihak mereka. Jadi terpaksa juga di berhentikan jualan.

 

Seperti yang anda semua sedar, sejak 2014 bermacam-macam jenis pheromone perfumes ada di Malaysia, dengan pelbagai harga. Dan bermacam-macam jenis yang kami sendiri tak pasti dari mana.Disebabkan oleh lambakan juga produk tiruan yang dijual
besar-besaran di marketplace-marketplace terkenal, menyukarkan kami untuk tambah senarai produk pheromone kami. Walaupun ramai rakan pelanggan tegar kami selalu tanya, “tak dak pheromone baru ke bro?”. Apa boleh buat,
supplier yang approach kami waktu itu produk pheromonenya tak dapat nak yakinkan kami, dan tak dapat memuaskan hati kami. Senang cerita, tak capai KPI yang kami tetapkan untuk letak dalam senarai jualan.

Sehingga 2019, kami jumpa dengan Pherolab+ Pheromone. Sebelum anda buat spekulasi awal, saya nak ingatkan anda semua baca sehingga habis supaya anda tidak salah faham dengan apa yang kami cuba sampaikan.

Pertama sekali, untuk anda yang nak tahu info berkenaan Pherolab+ Pheromone, anda boleh terus baca di ruangan jualan kami, Atau klik link di bawah ini untuk terus baca atau buat pembelian di sana. Sebab posting ini kami tak cerita details produk, kami cuma cerita
apa pandangan kami mengenai Pherolab+ ini sahaja.

Soalan biasa yang ditanya oleh rakan-rakan pelangga kami rata-rata macam ni;

1) MACAM MANA BAU DIA?
2) WANGI TAK? MANA LAGI WANGI? PHEROMANCES, PHERO-X, PHEROLAB?
3) LAGI POWER DARI PHERO-X DAN PHEROMANCES?
4) SESUAI TAK UNTUK SAYA YANG BERPELUH BANYAK NI?
5) CARA GUNA MACAM MANA? SAMA JA?
6) UNTUK LELAKI ATAU PEREMPUAN?
7) APA YANG BESTNYA DENGAN PHEROLAB NI?

Dan macam-macam lagi lah soalan yang ditanya pada kami semenjak kami jual pherolab ini.Oleh itu saya harap, posting kali ini sedikit sebanyak dapat bantu anda untuk menjawab segala persoalan-persoalan yang ada. Kalau masih ada lagi persoalan yang anda nak tahu, boleh komen di bawah atau whatsapp kami, atau whatsapp pengedar-pengedar pherolab di seluruh Malaysia. Pengedar-pengedar pherolab di seluruh Malaysia bukan sahaja boleh bantu anda, malah boleh jumpa dan anda boleh lihat sendiri depan mata sebelum beli.

Pertama sekali,sebelum saya jawab soalan-soalan anda di atas ini, Saya nak anda semua maklum apa yang buatkan Kedai Pheromone memilih untuk senaraikan Pherolab+ ini sebagai salah satu produk jualan kami. Walaupun kami sudah beritahu kami dah senaraikan 6 brand yang terkenal dari luar negara untuk kami bawa masuk tahun depan 2020,tapi hujung tahun 2019 ni tiba-tiba secara mengejut kami perkenalkan pherolab+ untuk anda.

Antara sebab utama kami memilih pherolab perfumes ini adalh tak lain tak bukan apabila bagaimana produk ini diuruskan. Untuk pengetahuan anda,
produk ini diformulasi di Canada dan dikilangkan oleh kilang yang profesional. Jadi,kualitinya lebih terjamin. Tidaklah seperti sesetengah produk yang hanya dikilangkan di rumah sambil memakai kain pelekat sahaja. Faktor ini memang faktor terbesar, kerana kita tau bila cakap pasal wangian pheromone, memang sangat sensitif. Kita nak pakai pada kulit, so kena make sure lah selamat dan kualiti terjamin. So, inilah faktor utama kami bersama-sama mengedarkan produk ini. Sampai bila, kena tengok macam mana feedback customers nanti.

review pherolab

MACAM MANA BAU DIA?

Ini soalan biasa, jual lah apa pun, soalan ini mesti ramai tanya. Dan yang paling best,soalan ini paling susah nak jawab. Yelah bab bau ini subjektif sangat. Kena cerita guna hidung. Hidung saya mungkin wangi, hidung awak mungkin tak best. Tapi apa yang semua kena tahu, pheromone bila dihidu secara direct, anda akan trigger satu-satu bau sahaja. Tapi bila dikenakan pada kulit bau dia akan berbeza untuk setiap orang. Ini kerana, secra asasnya pheromone tidak berbau, yang berbau adalah wangian nya sahaja. Dan senang cerita kalau anda tanya psal bau, bau pherolab+ ini lebih kepada musky dan fresh.Musky ni kasturi lah. Dan bau dia segar. Pheromone dengn bau yang segar biasanya, menjadikan kita lebih confident, dan bila digabungkan dengan 10 jenis pheromone, menyerlahkan lagi tarikan dan aura orang yang pakai.

WANGI TAK? MANA LAGI WANGI? PHEROMANCES, PHERO-X, PHEROLAB?

Soalan ini saya dah jawab sedikit pada soalan sebelum ini. Bau sangatlah subjektif, anda kena cuba dan tengok kesesuaian dengan diri anda. Mana yang lebih anda suka. Tapi apa yang lebih penting
adalah pheromone perfumes mana yang lebih sesuai dengan anda. Sbb gabungan pheromone mana yang bagi respond lebih pada anda. Yang mana lebih dapat perhatian di sekeliling anda. Yang mana menepati
citarasa anda bila pakai. Sebab tujuan anda sendiri berbeza-beza. Jadi sesuaikan dengan tujuan anda.

LAGI POWER DARI PHERO-X DAN PHEROMANCES?

Mana lebih power bergantung pada anda. Anda kena cuba dan tengok mana yang lebih sesuai dengan anda.Sebab pheromone yang ada bukan ubat. Bukan jampi=jampi atau doa. Ia cuma wangian yang mengandungi pheromone yang hanya tugasnya menyerlahkan lagi pheromone semulajadi di badan anda. (Kalau ada masa nanti,saya ceritakan berkenaan pheromone semulajadi di badan.)

Sebagai contoh, review dari salah seorang pelanggan kami. ( ini mungkin berbeza untuk setiap orang. tak sama ok!). Apa yang dia maklum pada kami, Sebelum ini dia guna Phero-X untuk dating atau bersama isteri, dan ke tempat kerja. Sebab katanya pheromone yang ada pada phero-x buatkan dia jadi lebih dominant atau alpha. Orang mudah terima pandangan, dan mudah mesra. Pheromances pula dia gunakan waktu bersosial untuk suasana yang ramai orang. Contohnya time bersukan, jalan-jalan uptown dan lain-lain. Katanya sebab lebih respond dalam suasana macam tu. Kemudian, bila dia cuba pherolab+ dia kata untuk dirinya, dia lebih sesuai untuk guna ke tempat kerja dan sosial. Sebab orang senang rapat-rapat dan mesra, jadi kalau nak mengayat awek memang mudah katanya.

Ini salah satu contoh untuk ceritakan yang tahap keberkesanan atau kesesuaian sesuatu produk itu berbeza untuk setiap orang. Jadi anda kena cuba dan tengok kesesuaian anda berdasarkan tujuan-tujuan anda. Kesannya memang berbeza-beza. Ada feedback yang kami terima sampaikan tak dapat nak share dengan semua. Sebab terlalu extreme.huhu

SESUAI TAK UNTUK SAYA YANG BERPELUH BANYAK NI?

Sebagimana yang semua tau, pherolab baunya musky dan fresh. Jadi pada pendapat kami, ia sangatlah sesuai untuk yang senang berpeluh. Mana-mana perfumes pheromone pun, jika anda berpeluh,atau berkulit lembab, ia lebih baik. Kerana ia akan menyerlahkan lagi pheromone anda. Masalahnya adalah peluh anda yang berbau busuk mengalahkan wangian yang ada menggangu tugas-tugas semulajadi pheromone itu. Senang cerita macam ni lah, pheromone keluar bersama peluh. Tapi peluh juga ada bakteria yang berbau. Jadi bila bakteria banyak dan berbau, bau busuk menggangu untuk orang di sekeliling anda menghidu pheromone.

CARA GUNA MACAM MANA? SAMA JA?

Cara guna pherolab sama sahaja. 2 titis di bahagian nadi ni lengan.Kemudian, lagakan kedua2 pergelangan tangan anda. Jangan gosok. Ramai yang suka gosok.
Ada juga boleh sapu di bahagian-bahagian yang ‘panas’ atau aliran darah tinggi. Contohnya, di dada, pelipat siku, di bahagian berdekatan ketiak dan lain-lain lagi.
Bergantung pada tujuan anda. Jika untuk naikkan confident, dan keluar dating, cukuplah di bahagian nadi lengan dan leher. Jika ingin bersama isteri di rumah, boleh
letak di leher dan di dada.

UNTUK LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Untuk lelaki guna dan pikat wanita. Ada juga rakan pelanggan kami wanita yang sukakan wanita beli dan guna. Tapi kami sendiri tak pasti berkesan atau tidak. Dan kami ingatkan hak anda untuk membeli, tapi apa tujuan anda bukanlah tanggungjawab kami. Ada juga pelanggan kami yang suka order pheromone lelaki, kataya boleh buat dia tenang bila hidu. Kebanyakkannya adalah wanita yang tiada suami, atau kehilangan suami, Janda. Serius tak tipu! Memang ada!

APA YANG BESTNYA DENGAN PHEROLAB NI?

Sepanjang beberapa minggu jual pherolab ni, memang sukar untuk kami simpulkan lagi. Cuma apa yang kami boleh bagitau ada, kami terima banyak feedback positif dari rakan pelanggan kami buat masa ini. Kalau cerita secara peribadi, memang saya cakap best dan dia punya feel memang umpph.. tapi kalau saya cerita lebih-lebih nanti anda cakap ayat menjual pulak kan.

Apapun,Kita akan update dari semasa ke semasa. Kalau power, mesti ramai yang repeat orders kan. Simple ja. Som tunggu apa lagi kawan-kawan, cubalah! Bantu kami..support lahhh! Then anda sendiri bagitau kami best or tak best pherolab ni..hehe

DAPAT PHEROLAB+ PERFUMES ANDA

DAN PIKAT GODA WANITA DI SEKELILING ANDA SEKARANG!