Salam Sejahtera kami ucapkan pada semua rakan pelanggan Kedaipheromone.com yang dikasihi. Kami doakan anda semua sentiasa dalam Rahmat Allah dan dilindungi dari wabak COVID-19 yang sedang menular ketika ini.

Seperti yang anda semua maklum, gelombang COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Jika dilihat dari bilangan kes ketika artikel ini ditulis sudah melebihi 1000 kes di Malaysia. Maka ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.Ia sangat serius dan membimbangkan.

COVID-19 JEJASKAN PERNIAGAAN

Jika ditanya adakah perniagaan kami terkesan dengan musibah yang melanda dunia ketika ini? Sudah tentu peniga kecil seperti kami ketika ini sangat terkesan kerana kami bergantung kepada tempahan anda semua terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh PM Malaysia beberapa hari lalu. Kami sendiri serta merta telah memperlahankan operasi niaga kami bagi sama-sama menggalas tanggungjawab dengan mematuhi arahan kerajaan sekaligus membantu untuk tidak menyebabkan virus tersebut menular.

 

covid-19 malaysia

 

Seperti yang anda semua tahu, Operasi niaga kedaipheromone.com adalah melalui tempahan pos dan juga ‘cash on delivery’ terus kepada penggguna melalui pengedar-pengedar sah kami di seluruh Malaysia. Disebabkan arahan kawalan pergerakan covid-19 tersebut pada awalnya kami cuba untuk hentikan seketika kerana sangat bimbang. Tetapi memandangkan ramai pengedar yang bergantung rezeki pada jualan harian, jadi kami masih lagi menerima tempahan pos dan juga cod pheromone perfumes anda.Cuma, ia tidak lah aktif seperti biasa dan perlu patuhi etika-etika yang telah kami tetapkan. Alhamdulillah stok pheromone perfumes original kami masih banyak. Kami berharap anda semua dapat menerima dengan baik dan teruskan sokongan anda kepada kami.

Jadi, kepada rakan pelanggan yang ingin berurus niaga dengan kami ketika ini, terutamanya ‘regular customers’ kami yang selalu whatsapp dan call bertanya, ‘Saya nak beli phero-x boleh tak bos?’ , ‘Boss ada pos tak pheromances skrg?’ , ‘Boss kedaipheromone.com tutup tak sekarang?’ , ‘Boss kalau nk cod Pherolab skrg boleh tak?’ ‘ Cod Phero-x malam ni boleh?’.Macam-macam soalan yang ditanya dan maafkan saya kerana hanya 50% sahaja whatsapp yang saya reply kerana seperti yang saya maklum ketika itu kami cuba untuk memperlahankan operasi niaga. Tetapi, untuk meneruskan kelangsungan hidup, kami terpaksa juga teruskan untuk penuhi tempahan-tempahan anda.Tetapi mengikut etika-etika yang telah kami tetapkan seperti berikut.

TEMPAHAN POS

Tempahan pos sepanjang arahan kawalan pergerakan COVID-19 masih berjalan seperti biasa tetapi kekerapannya berbeza. Kalau seperti biasa, kami akan pos tempahan anda setiap hari kecuali Sabtu & Ahad. Tetapi sepanjang arahan ini dikeluarkan kami hanya akan pos tempahan anda 2-3 kali sahaja seminggu sahaja bergantung pada bilangan pos perlu dibuat. Ini bagi mengurangkan waktu runner kami berada di luar ketika pos.

 

COD DENGAN PENGEDAR DI SELURUH MALAYSIA

Cod dengan pengedar bergantung pada pengedar-pengedar tersebut. Cod mesti berlaku di kawasan terdekat sahaja dan pada waktu siang. Anda boleh berbincang lokasi dan masa terbaik dengan pengedar-pengedar sah kedaipheromone.com berhampiran kawasan anda. Dan anda dinasihatkan untuk tidak bersentuhan dengan pengedar dan tidak mengambil masa yang lama ketika cash on delivery. Tetapkan siap-siap pheromone perfumes mana yang anda ingin beli, kemudian jumpa dan terus balik. Adalah lebih baik anda juga menggunakan ‘mask’ dan bawa ‘hand sanitizer’. Ini bagi menjaga keselamatan pengedar kami dan diri anda sendiri daripada virus menular.

HARAPAN KAMI

Kami berharap anda semua dapat menjaga diri masing-masing dan keluarga dengan baik. Pastikan memakai mask ketika di luar dan sentiasa basuh tangan dengan sabun. Ambil langkah-langkah yang telah ditetapkan untuk mengelakkan virus coronavirus ini terus menular. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan virus ini tidak terus merebak kepada lebih ramai lagi.

Kami juga sangat berharap anda semua masih menyokong dengan tidak berhenti membeli produk-produk yang kami tawarkan ketika ini. Teruskan buat tempahan anda seperti biasa.

Sama-sama kita doakan semoga kita semua sentiasa dijauhi dari wabak ini dan semoga wabak ini berjaya untuk ditangani lebih cepat. Semoga selamat semuanya. Aaminn

 

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Powered by