Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kesilapan isteri di ranjang.

Hubungan seks yang hambar bukan di sebabkan seorang sahaja. Si isteri jangan asyik meletakkan tanggungjawab kepada suami semata – mata. Anda juga perlu berusaha dan lakukan sesuatu supaya hubungan seks anda berdua mendatangkan nikmat yang sepatutnya. Berikut adalah tiga kesilapan seorang isteri yang menyebabkan hubungan seks jadi hambar.

Kesilapan pertama : Anda tidak cukup aktif.

Jika anda hanya duduk diam dan tidak memberi respon yang sepatutnya, suami anda pasti tiada semangat untuk beri segalanya pada anda. Hubungan seks melibatkan dua individu dan jika anda mahu dapat kepuasan, anda juga perlu berusaha. Berikan segalanya yang anda ada. Keluarkan bunyi erangan untuk naikkan lagi nafsu suami terhadap anda. Anda aktifkan diri dan libatkan diri anda ketika melakukan hubungan seks.

Kesilapan kedua : Anda tidak berusaha untuk puaskan nafsu suami.

Anda jangan hanya pentingkan nafsu anda sendiri sahaja, anda perlu fikirkan soal nafsu suami anda juga. Puaskan nafsu suami anda dengan memberi dia rangsangan – rangsangan yang luar biasa. Jangan takut untuk berikan dia blowjob dan sebagainya. Jika anda cinta suami anda, anda pasti sanggup lakukan apa yang perlu untuk puaskan nafsunya.

Kesilapan ketiga : Anda tidak cukup seksi di ranjang.

Kesilapan ketiga yang boleh menyebabkan hubungan seks anda jadi hambar adalah anda tidak cukup seksi apabila berada di ranjang. Anda perlu seksikan diri anda di ranjang, barulah suami anda akan rasa lebih terangsang pada diri anda. Lentikkan badan anda dan berikan segala aset yang anda ada untuk tatapan suami anda.

Jika anda ubah diri anda dan berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks, ia pasti akan beri nikmat yang sepatutnya pada diri anda.

HGubQh