Salam Takziah dan semoga saudara kita di Pantai Timur kuatkan semangat dan tetapkan iman kepada Allah s.w.t.

Sebagaimana yang kita tahu,negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan,Terengganu,Pahang sering dilanda banjir di akhir tahun ( musim tengkujuh ) di mana hujan turun tidak henti-henti sehingga menyebabkan bumi tidak sempat menyerap air-air yang ada.Air di empangan terpaksa di lepaskan,parasa air di sungai-sungai utama meningkat ketinggian sehingga menyebabkan kawasan-kawasan rendah ditenggelami air.

Saya tidak akan menceritakan fakta-fakta banjir 2014 kerana anda lebih arif tentang itu,atau anda boleh membacanya di sini ( fakta banjir pantai timur 2014 ) . Tetapi saya cuba akan tekankan apa yang perlu kita tahu bila banjir terjadi,apa yang perlu saudara-saudara kita hadapi dan apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.Kerana pada waktu ini tiada siapa yang dikhaskan untuk memberi bantuan,kita perlu terlibat secara lansung atau tidak dalam membantu dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.Di bawah ini kami senarai perkara asas yang anda perlu tahu dan apa perlu anda buat :

 

BILA BANJIR ?

banjir-Rumah-rumah,kedai-kedai makan,pusat-pusat jual pakaian dan lain-lain ditenggelami air dan tidak dapat didiami.

-Sumber air sudah tidak bersih,bekalan air untuk minum tiada.

-Sumber untuk makanan juga berkurang dan menghampiri kepada tiada kerana rumah sudah ditenggelami air,kedai pon tutup bagaimana mahu masak dan makan.

-Bekalan elektrik ditutup atau terputus.Keadaan mereka akan bergelap.Lebih menyedihkan apabila hospital-hospital juga terpaksa bergantung kepada jana kuasa yang memerlukan diesel dan kuasanya juga tidak sekuat tenaga elektrik.Bekalan diesel juga semestinya terhad.Bayangkan bagaimana keadaan pesakit-pesakit? Kalau yang sihat juga susah,bagaimana yang sedang sakit?

-Kenderaan-kenderaan diteggelami air,kurangnya pengangkutan di kawasan terbabit untuk tujuan menyelamat.

-Kenderaan-kenderaan bantuan membawa makanan dan lain-lain juga sukar untuk masuk,penggunaan bot kecil juga berbahaya kerana arus yang deras dan keadaannya juga buka seperti menaiki bot di sungai ( bayangkan bot melalui bumbung-bumbung rumah dan lain,air keruh sukar untuk melihat)

-Kanak-kanak tertedah kepada penyakit-penyakit kerana antibodi lemah.

-Warga emas/orang-orag tua menghadapi keaadan sukar dengan keadaan diri yang lemah.

-Perhubungan melalui telefon juga tidak bertahan lama kerana tidak bekalan elektrik untuk “charge fon”

-Dan banyak lagi keadaan sukar yang tak dapat kita gambarkan yang mahu atau tidak terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

APA KITA BOLEH BUAT ?

bnjir– Bantuan DANA untuk pakaian,makanan,minuman dan lain-lain.Jika anda tiada barang untuk diserahkan,serahkan duit supaya pasukan yang terlibat dan menggunaka duit terebut membeli barang-barang yang diperlukan mangsa.

-NGO-NGO yang aktif bersama-sama pasukan mereka.Kerana di waktu begini,pasti ada yang terlepas pandang.Jadi jika banyak ngo-ngo yang bergerak dengan dana sendiri atau orang ramai pasti akan memudakan kerja-kerja menyelamat.

-Sumbangan kemudahan pengangkutan seperti bot,kereta 4×4 dan lain-lain kenderaan yang relevan dengan situasi banjir. Kelab-kelab 4 wheel drive banyak memainkan peranan pada waktu ini kerana kereta-kereta seperti itu mampu mengharungi banjir sambil membawa bantuan makanan dan pakaian atau bot untuk menyelamat mangsa.

-Doa kepada Allah.Ini perkara wajib yang kita semua perlu buat kerana Allah takkan buat sesuatu tanpa sebab dan Allah takkan uji hambanya kalau hambanya itu tak mampu.DIA bagi ujian,DIA jugalah yang akan bagi jalan penyelesaiaannya.Bersangka baiklah kepada Allah.Berdoalah supaya saudara kita di sana seamat mengharungi musibah yang melanda.

 

Berikut adalah sedikit sebanyak yang kita perlu tahu dan buat.Ikut kemampuan masing-masing.

Jika anda rasa anda tak mampu untuk pergi membantu mangsa,gunakan ruangan lain yang anda untuk membantu.

Salurkan wang ringgit anda kepada NGO-NGO atau badan-badan penyelamat kerana waktu-waktu sebegini kenapa jadi,apa punca banjir,siapa salah,kenapa kerajaan tak tolong dan lain-lain persoalan sudah tidak penting.Yang pentingnya saudara-saudara kita di sana mendapat bantuan yang cukup.Jangan ambil masa yang lama untuk menderma atau menyalurkan sumbangan kerana mereka memerlukan bantuan segera.

Semoga bermanfaat untuk semua.

P/S: Kedaipheromone.com tidak mengutip derma atau bantuan orang ramai.Kami hanya gunakan saluran yang kami ada iaitu setiap pembelian produk kami secara online atau pos,RM5 akan kami sumbangan kepada tabung bantuan mangsa banjir.